Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum...Salam Maal Hijrah.Ana harap kite sume bina azam baru utk thn yg baru ini.Ana harap kite sume ble perbaiki diri termasuk diri ana sekali.Ana nak mintak maaf klau ana ade wat salah sama ada yg disengajakan @ x disengajakan.MARILAH SAME2 PERBAIKI DIRI!!
JIHAD MENENTANG NAFSU!!!okla,assalamualaikum..

Thursday, December 10, 2009

GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH


Tujuh golongan yg mendapat naungan Allah :

  1. Imam yang adil
  2. Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah
  3. Insan yang hatinya terpaut dengan masjid
  4. Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah (mereka bertemu dan berpisah kerana Allah)
  5. Insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata "Sesungguhnya aku takutkan Allah"
  6. Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya
  7. Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya

JANGAN BERKATA "KALAULAH"

Hadis Sahih Muslim,daripada Abu Hurairah ra,katanya Rasulullah saw bersabda:

Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah.Masing-masing ada mempunyai kebaikan.Bersungguh-sungguhlah mengerjakansesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat),dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah,yakni putus harapan atau merasa hampa.Jika engkau dtimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu",akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah,dan Allah berbuat sekehendak-Nya".Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...